fbpx

Mahkamah: Tommy arah Shahrir didakwa walau siasatan belum lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertegas mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab. Samad atas pertuduhan pengubahan wang haram meskipun kertas siasatan masih belum lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Penolong Penguasa Nurzahidah Yacop, 35, memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Tommy telah mengeluarkan izin pada 15 Januari 2020 untuk mendakwa bekas Pengerusi Felda itu.

Sehubungan itu, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 21 Januari 2020 atas dakwaan gagal mengisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wang RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nurzahidah menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros yang mewakili Shahrir pada perbicaraan tersebut.

Dalam keterangannya, saksi pendakwaan ke-22 itu mengaku mengetahui siasatan masih belum lengkap namun beliau menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya untuk menuduh Shahrir selepas izin mendakwa dikeluarkan oleh Tommy.

Semalam, saksi penting pendakwaan itu memberitahu, wang RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri kepada Shahrir bertujuan membayar balik wang peribadi yang telah didahulukan oleh bekas Pengerusi Felda itu untuk melaksanakan aktiviti politik di kawasan Parlimen Johor Bahru.

Perbicaraan bersambung 5 Januari ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI