fbpx

Lelaki ditemui gantung diri pada pohon mangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JELI – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai mengantung dirinya pada sepohon pokok mangga bersebelahan rumahnya di Kampung Jeli Dalam di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd. Shamsuri Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memaklumkan kejadian tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Menurutnya, anggota polis terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati mangsa yang berusia 26 tahun berada dalam keadaan tergantung pada pokok mangga.

“Bagaimanapun, tiada saksi bebas yang melihat mangsa menggantung dirinya. Mayat mangsa telah menjalani proses bedah di unit forensik Hospital Jeli di sini kira-kira pukul 4.35 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Mohd. Shamsuri, hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa berpunca daripada kekurangan oksigen di dalam badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI