fbpx

Dua pemain bola sepak bebas tuduhan tawar rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AH CHONG (dua dari kanan, baju putih) dan Prem Kinar bersama peguam mereka Datuk Geethan Ram Vincent dan Ridha Abdah Subri. -Foto NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Selepas lima tahun, dua bekas pemain bola sepak melahirkan rasa syukur apabila Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan menawarkan suapan RM20,000 kepada pemain kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) pada 2017.

Hakim Datin Rohani Ismail memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kedua-dua tertuduh untuk mengenepikan sabitan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap mereka oleh Mahkamah Sesyen pada 17 Ogos 2020.

“Setelah membuat penelitian, mahkamah memutuskan rayuan tertuduh pertama dan kedua dibenarkan, oleh demikian sabitan bersalah mereka di Mahkamah Sesyen pada 17 Ogos 2020 ditepikan,” katanya pada prosiding keputusan rayuan di sini hari ini.

Mengikut dua pertuduhan, Khairul Anuar Baharum, 48, atau lebih dikenali sebagai Ah Chong dan G.Prem Kumar, 54, didakwa secara rasuah menawarkan suapan masing-masing RM10,000 kepada Mohd. Khairul Izzuwan Shaari dan S.Harivarman iaitu penjaga gawang dan pemain MISC-MIFA.

Suapan itu bertujuan mengatur perlawanan antara MISC-MIFA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang berlangsung pada 7 April lalu, supaya tewas 2-0.

Kesalahan itu dilakukan di Kawasan Industri Ringan Senawang, di sini antara pukul 9 hingga 10 malam pada 27 Mac 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah turut memerintahkan wang denda RM100,000 setiap seorang yang telah dibayar oleh tertuduh sebelum ini dikembalikan.

Dalam masa sama, wang jaminan perlu dipulangkan kepada penjamin.

Ah Chong diwakili peguam Ridha Abdah Subri manakala Prem Kumar diwakili oleh Datuk Geethan Ram Vincent dan Carmen Eu Kah Mun.

Dalam prosding kes, pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali.

Ah Chong ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini apabila penantiannya selama lima tahun akhirnya terjawab.

“Syukur alhamdulillah, sepanjang enam tahun susah untuk berjumpa dengan orang kerana saya dihantui dengan kes yang belum selesai.

“Kadang rasa agak malu tetapi alhamdulillah hari ini mahkamah mendapati saya tidak bersalah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI