fbpx

Syamsul Yusof nak saman Jawi RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keluar daripada situasi berdiam diri tentang dakwaan sudah berkahwin dengan Ira Kazar, pengarah sensasi Syamsul Yusof nekad mahu mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd Yusof ketika dihubungi Kosmo! Online memaklumkan, perincian tindakan saman terhadap agensi kerajaan tersebut akan dijelaskan dalam masa terdekat.

“Saya dah berbincang dengan peguam saya. Panjang lebar tentang satu perkara.

“Dipendekkan cerita, saya akan saman pihak Jawi RM10 juta kerana mereka telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya yang tidak benar dan boleh dikatakan palsu.

“Mereka telah memberikan maklumat yang tidak benar itu kepada keluarga saya sedangkan maklumat tersebut sekali lagi, tidak benar, palsu dan bersifat fitnah,” katanya.

Kata pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, tindakan tersebut wajar diambil atas apa yang berlaku terhadap diri dan perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana.

“Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Itu dulu. Yang lain (selebihnya), nanti. Saya nak saman Jawi RM10 juta, insya-Allah.

“Sebab kenapa saya nak saman saya dah beritahu. Perincian selanjutnya, saya akan kemas kini nanti. Itu mungkin esok saya akan beritahu, kita tengok bagaimana. Pasal apa dan kenyataan apa, itu semua nanti,” jelasnya.

Terdahulu, kecoh dakwaan netizen mengatakan Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin.

Anak kepada kepada pelakon Kazar Saisi itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah sekian lama tidak tinggal sebumbung.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI