fbpx
Abdul Aziz (berdiri belakang, enam dari kiri) dan Mohd. Na'im (berdiri belakang, tujuh dari kiri) bersama wakil 26 syarikat korporat pada Majlis Zakat Korporat 2022 di Putrajaya, semalam.

PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan daripada 26 syarikat korporat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan daripada 26 syarikat korporat berjumlah RM44,818,157.89 bagi tahun haul 2020, 2021 dan 2022.

Zakat perniagaan tersebut diserahkan oleh wakil setiap syarikat kepada PPZ-MAIWP disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar pada Majlis Zakat Korporat 2022 di sini hari ini.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, setakat Januari hingga November ini, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM102,690,824.40 dengan jumlah pembayar sebanyak 3,457 pembayar.

Menurutnya, pembayaran zakat perniagaan syarikat-syarikat korporat ini akan terus diserahkan kepada MAIWP untuk diagihkan kepada lebih 30,200 keluarga asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Kami turut menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat kepada syarikat-syarikat korporat untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan dan mereka yang memerlukan dengan kadar 37.5 peratus hingga 50 peratus.

“Sehubungan itu, PPZ-MAIWP merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua syarikat korporat yang menunaikan zakat di PPZ-MAIWP,” katanya berucap pada majlis tersebut.

Ujarnya lagi, antara salah satu rahsia kejayaan syarikat-syarikat korporat tersebut adalah dengan menunaikan zakat sekali gus perlu dijadikan contoh kerana bukan sahaja berjaya dalam perniagaan, bahkan berjaya melaksanakan ibadah zakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI