fbpx

NGO di Seremban bantu mangsa banjir Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shahril Anuar (kanan) bersama sukarelawan menunjukkan barangan yang diterima mereka oleh masyarakat sekitar Seremban untuk dihantar ke mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur .- ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN: Kejadian banjir di negeri-negeri Pantai Timur mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini yang mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan asas bagi disumbangkan kepada mangsa terjejas.

Presiden Persatuan Ikatan Amal Muafakat, Mohd. Shahril Anuar berkata, pihaknya bersama NGO, Team Bilal Muda, sejak semalam telah mengambil langkah mengumpulkan barangan keperluan hasil sumbangan penduduk sekitar daerah ini.

Kesemua barangan tersebut dikumpulkan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini, sebelum ia dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Alhamdullilah kami berjaya mengumpul sejumlah barangan keperluan kepada mangsa banjir yang terjejas di Pantai Timur. Ini merupakan kali kedua kami mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan asas daripada orang ramai di sekitar Seremban.

“Namun kali ini, kami hanya memberi fokus kepada barangan keperluan seperti selimut, barangan kebersihan, pakaian dalam, makanan seperti beras, pelbagai makanan kering dan air mineral.

“Kami masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai sebelum menghantar barangan ini menggunakan lori lapan tan yang telah ditaja oleh kumpulan pemandu lori atau dikenali GP3 bermula petang ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohd. Shahril berkata, pihaknya juga turut membawa lapan buah bot bagi memudahkan proses pengagihan barangan kepada mangsa banjir.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Automatif Melayu Muslim Negeri Sembilan, Mahfiz Muhammad pihaknya turut menyumbang sebanyak 20 pasang jaket keselamatan bagi kegunaan petugas sukarelawan yang mengantar barangan ke Pantai Timur.

“Kami mengambil peluang ini membantu sukarelawan yang terlibat dengan menyediakan buat mereka jaket keselamatan. Diharapkan segala usaha mereka dipermudahkan,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI