fbpx

Citaglobal lupus perniagaan lombong bauksit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Citaglobal melepaskan pegangan dalam syarikat perlombongan bauksit. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) telah melupuskan pegangannya sebanyak 49 peratus dalam syarikat perlombongan bauksit SE Satu Sdn. Bhd. (SE Satu) pada harga RM4.8 juta.

Melalui pelupusan tersebut, syarikat tersebut akan kembali kepada pengasas asalnya sekali gus membolehkan Citaglobal keluar daripada perniagaan perlombongan bauksit.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Citaglobal melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya Sinergi Dayang Sdn Bhd, akan mengambilalih sebidang tanah pegangan bebas seluas 31.31 hektar di Sungai Karang, Pahang dengan harga RM10.08 juta. 

Bidang tanah ini mempunyai nilai buku teraudit RM13.44 juta pada 31 Disember 2021.

Secara umumnya, tanah ini terletak di sekitar projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang mana Citaglobal berhasrat untuk menggunakan bagi pelaksanaan projek pengeluar tenaga bebas (IPP) ECRLnya.

“Mengenal pasti tanah yang sesuai dan diingini dari segi ekonomi semakin sukar. Kami amat berbesar hati untuk memperoleh sebidang tanah di Sungai Karang ini.

“Bukan sahaja lokasinya berhampiran dengan projek ECRL, tetapi ia juga mempunyai komposisi dan keperluan yang sesuai untuk menempatkan tenaga boleh diperbaharui,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mohamad Norza menjelaskan, melupuskan perniagaan perlombongan bauksit adalah sejajar dengan visi Citaglobal untuk keluar daripada perniagaan warisan kerana Kumpulan  berharap untuk mengambil bahagian dalam sektor yang dipacu teknologi. 

Citaglobal kini berada dalam pusingan terakhir proses pembersihan perniagaan warisan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI