fbpx

Tanah runtuh: Kesemua mangsa terima rawatan di hospital dibenar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father‚'s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

HULU SELANGOR – Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kesemua mangsa yang dirawat berusia antara 13 hingga 44 tahun di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” katanya.

Berikut adalah senarai mangsa yang dirawat dan telah dibenarkan pulang dari hospital masing-masing:

1. Yam Lee Yen, 41 – Hospital Selayang

2. Ng Wei Lun, 13 – Hospital Kuala Kubu Bharu

3. Mg Tan, 34 – Hospital Kuala Kubu Bharu

4. Sandy Cheah Hui Kein, 32 – Hospital Kuala Kubu Bharu

5. Tan Ei Ein, 43 – Hospital Selayang

7. Choo Wai Lun, 34 – Hospital Selayang

7. Ling Zi Xuan, 19 – Hospital Kuala Lumpur

9. Loh Teng Shui, 44 – Hospital Selayang

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI