fbpx

Pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mengenai pelantikan Pengerusi Felcra, memang sudah dimaklumkan kepada TPM dan ditangguhkan,” katanya pada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada 16 Disember lalu, Ahmad Zahid memberitahu, Ahmad Jazlan dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Dalam pada itu, Anwar turut menjelaskan kekeliruan banyak pihak berhubung lantikan politik di mana beliau tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang politik untuk berada dalam bidang pengurusan.

“Tetapi mereka itu mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan .

“Itu saya nak jelaskan bahawa ada kemungkinan beberapa tokoh politik atau ahli Parlimen yang ditugaskan, tetapi kita menetapkan kaedah dan keupayaan profesional serta pematuhan kepada peraturan tata kelola yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI