fbpx

Majlis Pemulihan Negara dibatalkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan status kedudukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang ditubuhkan oleh kerajaan terdahulu dibatalkan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana terdapat pertindihan fungsi dan jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu.

“Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra di sini tadi.

Tambah Anwar, kedudukan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) juga akan diteliti untuk dibubarkan kerana ada banyak badan-badan seumpanya serta wujud pertindihan bidang kuasa.

Katanya, jika bidang tugas boleh dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi seumpamanya akan dikurangkan kerana pertindihan tugas boleh mengakibatkan kos tinggi.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), malah tugas Perdana Menteri juga malah banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertangungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Tapi mana boleh digabungkan, maka digabungkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI