fbpx

Kecoh puntianak ‘rembat’ ayam dalam reban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kehadiran lembaga dipercayai puntianak di reban ayam.

PETALING JAYA – Kecoh di aplikasi TikTok sejak malam tadi mengenai video perkongsian pengguna @Otai42 memaparkan seekor puntianak yang sedang berdiri di tepi sebuah reban ayam.

Puntianak itu didakwa telah memakan ayam-ayam di dalam reban tersebut apabila si pemilik menyedari jumlah haiwan peliharaannya itu semakin berkurang sehingga menimbulkan tanda tanya.

Pemilik akhirnya nekad untuk menunggu di sekitar kawasan rebannya pada lewat malam bagi mencari punca sebenar di sebalik kehilangan ayam-ayam tersebut.

“Apa benda malam-malam kacau ayam, tiap-tiap malam kena kacau, agak senyap dan ayam jadi takut sebab tiap-tiap malam kena kacau,” katanya sambil merakam video.

Segala persoalan akhirnya terjawab apabila lelaki itu menemui sosok tubuh berkain putih serta berambut panjang berdiri seolah-olah sedang mengintai ayam-ayam di dalam reban.

Menerusi video hampir tiga minit itu, lelaki tersebut dilihat berani menyuluh lampu ke arah makhluk berkenaan sehingga menampakkan wajah seramnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut melihat kehadiran makhluk puntianak tersebut dan mereka turut memuji keberanian lelaki itu.

“Pak cik ajar kami bagaimana nak dapat keberanian macam pak cik,” kata Amirul Farhan.

“Mesti dalam hati puntianak kata, alamak aku dah ‘kantoi’ malam ini, tak sempat ‘rembat’ ayam dalam reban,” seloroh Wan Junaidi.

Sehingga kini, video tersebut menerima lebih 250,000 tontonan dalam tempoh masa kurang 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI