fbpx

Lebih 70,000 mangsa banjir di PPS 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JBPM Kelantan menjalankan operasi menyelamat mangsa berkerusi roda ke sebuah PPS di Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN JBPM

PETALING JAYA – Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri meningkat kepada 71,208 orang malam ini berbanding 66,718 orang petang tadi.

Dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu terus merekodkan peningkatan bilangan mangsa.

Di Kelantan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 31,311 orang malam ini berbanding 26,630 orang petang tadi.

Sebanyak 139 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Manakala di Terengganu, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Besut merekodkan seramai 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

Sementara itu di Pahang, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa menunjukkan penurunan malam ini selepas hanya 484 orang daripada 113 keluarga ditempatkan di lima PPS berbanding 873 orang daripada 214 keluarga petang tadi.

Dua lagi negeri iaitu Johor dan Perak masing-masing mencatatkan 48 dan 54 orang mangsa di PPS malam ini. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI