fbpx

Pelajar diusik hantu pocong di Kalimantan Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat hantu pocong sempat dirakamkan oleh seorang pelajar di Kalimantan Tengah baru- baru ini. - wartabanjar.com/@tanahbumbuinfo

PALANGKARAYA – Seorang remaja mendakwa bahawa dia menemui hantu pocong di kawasan Desa Hanjak, Kecamatan Kahayan Hilir dalam wilayah Kalimantan Tengah, lapor portal berita wartabanjar.com semalam.

Remaja itu yang juga seorang pelajar, dikenali sebagai Perdi. Katanya, dia menemui pocong ketika mahu menemui kawannya dengan menunggang sebuah  motosikal pada 13 Disember lalu.

Ketika dalam perjalanan, dia terlihat pocong dan bertindak merakam gambar makhluk paranormal mempunyai tubuh seperti manusia tetapi berbalut dengan kain putih itu.

Perdi cuba merakam gambar pocong tersebut dengan menggunakan kamera telefon bimbit namun pocong itu berbalik arah dan menghilang di tengah-tengah cahaya lampu jalan.

Dia pun kemudian meneruskan perjalanan untuk menemui kawannya.

“Kawan saya ini berangkat lebih dulu. Saya menyusul teman (rakannya) untuk ke Trans. Ketika dalam perjalanan, ada peristiwa aneh berlaku. Saya menoleh ke belakang lalu muncul susuk putih melompat-lompat mahu menghampiri saya. Saya takut malah saya nekad merakamnya,” ujar Perdi.

Pemuda itu merakamkan gambar pocong sebagai bukti bahawa dia dihalang oleh hantu tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI