fbpx

Kontroversi Pathaan, gambar Shah Rukh Khan dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Shah Rukh KHan bersama pasangan heroinnya menggunakan menggunakan kostum warna saffron dianggap menghina kesucian agama Hindu.

KONTROVERSI filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone yang didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama Hindu mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat di India apabila bertindak membakar potret aktor berusia 57 tahun itu sebagai tanda protes.

Tindakan tersebut dilakukan sekumpulan aktivis sebuah organisasi di Indore, India, minggu lalu yang beranggapan Raja Bollywood dan produksi Yash Raj Films tidak sensitif.

Mereka mendesak filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2023 itu diharamkan selain meminta orang ramai memboikot Pathaan andai pihak pawagam atau penerbitnya tetap berdegil menerus tayangan.

Beberapa pengguna media sosial mengadu dres seksi warna saffron atau jingga yang digayakan Deepika dalam sebuah video muzik promosi berjudul Besharam Rang sebagai disengajakan untuk menghina warna suci mengikut kepercayaan agama Hindu.

Video muzik Besharam Rang yang dikeluarkan pada Isnin lalu berlatarkan suasana tepi laut di sebuah lokasi pelancongan di Sepanyol.

Presiden Sanskriti Bachao Manch, Chandrashekhar Tiwari berkata, Shah Rukh Khan serta pasukan Pathaan harus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penganut Hindu atas penghinaan impak penggunaan warna tersebut.

Dipetik daripada India Today, protes tersebut berlangsung selama beberapa jam selepas Menteri Megeri Narottam Mishra menggesa filem Pathaan diharamkan kerana adegan sensitif serta penggunaan warna saffron.

Sementara itu, menerusi promosi filem aksi berkaitan penyeludupan dadah, Shah Rukh Khan sebagai pelakon utama menegaskan Pathaan adalah sebuah naskhah yang bersifat patriotik.

Malah ketika berkongsi pentas dengan bekas pemain bola sepak, Wayne Rooney di Qatar, malam tadi, aktor itu sempat mempromosikan filem baharunya tersebut.

Akui bintang Kuch Kuch Hotai Hai itu, Rooney diibaratkan Pathaan kepadanya iaitu hero yang dipanggil pada saat akhir untuk menumpaskan lawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI