fbpx

Cuepacs dukacita ahli tidak dapat pelepasan hadir mesyuarat sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (tengah) selepas diumumkan memenangi pemilihan Cuepacs, hari ini.

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menzahirkan dukacita apabila ahlinya tidak dapat pelepasan untuk ke mana-mana mesyuarat kesatuan sekerja.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ini ekoran alasan lemah apabila mana-mana kesatuan dibawah Cuepacs tidak berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).

Katanya, kesatuan sebelum ini telah berdaftar dengan Jabatan Ehwal Kesatuan Sekerja.

“Apabila kami semak adalah perkara amat janggal dengan tidak mendapat pelepasan daripada ketua-ketua perkhidmatan kerana tiada nama kesatuan dalam HRMIS.

“Justeru, kami mendesak kerajaan kerana perkara ini boleh dilaksanakan menerusi sesi libat urus kerajaan kepada kerajaan (G2G) daripada Jabatan Ehwal Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia kepada JPA untuk didaftarkan dibawah HRMIS,” katanya kepada pemberita selepas pemilihan Cuepacs dalam Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-29 Sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Jelas beliau, segala usul yang telah diluluskan dalam konvesyen tersebut akan dibawa kepada pihak kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Ketika ditanya mengenai harapan Bajet Mini yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti, Adnan menjelaskan agar mengekalkan pengumuman oleh kerajaan terdahulu atau membuat penambahbaikan khususnya untuk penjawat awam.

“Harapan kami sangat tinggi terhadap satu pengumuman yang telah dibuat kerajaan (Keluarga Malaysia) sebelum ini. Harapan kami jika tiada pengumuman baharu, kekalkan pengumuman lama.

“Jika ada pengumuman baharu dibuat (untuk penjawat awam), adakan penambahbaikkan dan tambahan buat bahagian tertentu dalam perkhidmatan awam,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI