fbpx

Banjir: Bapa saudara jumpa mayat budak lemas depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga menangis selepas mangsa dijumpai lemas di Kampung Tok Deh, Rantau Panjang hari ini. IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan yang lemas dijumpai oleh bapa saudaranya di hadapan rumahnya Kampung Tok Deh, Rantau Panjang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi itu, kanak-kanak tersebut ditemui oleh bapa saudaranya yang berusia 21 tahun di halaman rumah yang digenangi air banjir.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki itu dipercayai sedang mengemas rumah bersama ibunya sebelum mendapati mangsa tiada bersama mereka.

Menurutnya, keluarganya terus mencari mangsa sebelum melihat kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan terapung di hadapan rumah.

“Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa mayat mangsa ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, siasatan awal kejadian yang melibatkan tiga beradik terkena renjatan elektrik di Kampung Morak, Tumpat hari ini dipercayai berpunca daripada kebocoran pendawaian elektrik daripada salah sebuah rumah penduduk.

Menurutnya, mayat tiga beradik telah dibawa ke Hospital Tumpat di sini untuk dibedah siasat.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dimaklumkan agar memutuskan bekalan elektrik di tempat kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI