fbpx

Tanah runtuh: Pecah cermin kereta, peluk mayat kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father‚'s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI.

HULU SELANGOR: “Selepas memecahkan cermin tingkap kereta, saya memeluk kanak-kanak itu yang sudah tidak bernyawa sambil melihat ibunya meraung kesakitan,”.

Demikian pengalaman pilu Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Selangor, Staff Muda (PA) Mohd. Firdaus Abd Samad, 38, ketika menyelamatkan mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, di sini.

Menceritakan detik hitam itu, dia bersama lima anggota lain bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan melibatkan 100 mangsa, kira-kira pukul 2.30 pagi.

Jelas Mohd. Firdaus, situasi lokasi bencana sememangnya sukar kerana tanah licin dan banyak kenderaan musnah ditimbus tanah.

“Kami kemudian mencari bunyi hon sebuah kereta yang remuk dengan dinaiki seorang wanita dewasa dan anaknya

“Wanita itu kemudian meminta supaya menyelamatkan anaknya terlebih dahulu dan kami berusaha mengeluarkan kanak-kanak itu yang sudah berwajah pucat, sejuk dan tiada nadi,” katanya hiba.

Menurutnya, proses mengeluarkan mangsa rumit kerana terpaksa memecahkan tingkap.

“Kami ketika itu tidak sampai hati memberitahu wanita itu bahawa anaknya telah tiada.

“Namun, bapa mangsa berterima kasih kerana bantuan yang diberikan bagi menyelamatkan keluarganya,” ujarnya.

Kata Mohd. Firdaus, dia terkejut dan tidak menyangka keadaan amat menyedihkan di sekitar lokasi bencana itu.

“Jeritan meminta tolong didengari dari segenap arah dan beberapa mangsa  dilihat keluar sendiri menuju ke tempat lebih selamat.

“Selain itu, saya melihat ada sinaran lampu suluh dari kawasan atas sebagai tanda meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, semua agensi terlibat menyelamatkan mangsa walaupun keadaan tanah licin dan berselut mencecah aras lutut.

“Namun, ada kalanya kita tidak mampu sampai kearah mangsa kerana bimbang berlaku tanah runtuh susulan.

“Ada mangsa dari atas turut menjerit memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam kereta dan menyuruh mangsa membunyikan hon untuk kepastian,” katanya.

Tambah Mohd. Firdaus, pengalaman itu tidak mungkin dilupakan selama 17 tahun perkhidmatannya sebagai anggota penyelamat yang sudah sebati untuk membantu sesiapa yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI