fbpx

Tanah runtuh: 14 dewasa, 7 budak mangsa maut dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father Organic Farm di bawa ke Hospital Selayang. GAMBAR: AMIR KHALID

PETALING JAYA – Sebanyak 21 daripada 24 mangsa yang maut dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor telah berjaya dikenal pasti setakat pukul 1 tengah hari ini.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu melibatkan 14 orang dewasa dan tujuh orang kanak-kanak.

“Mangsa perempuan dewasa ialah Lim Wei Xin berusia 36 tahun, Hong Mei Jing (38), Nurul Azwani Kamaruzaman (31) Lai Lee Yin (37), Lai Lee Koon (44), Fong Choy Kee, (43), Liu Pei Sei (44), Chin Su King (36) dan Gain Choo Yin berusia 35 tahun.

“Selain itu, mangsa lelaki dewasa pula ialah Ka Kok Boon (43), Eng Choon Wen (43), Wong Kim Yap (34) dan Lai Chee Sam berusia 33 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kanak-kanak, tujuh mangsa dikenal pasti ialah Wong Zi Hang berusia setahun, Daniel Khor Yen (5), Sin Ya Vanya (6), Zech Loh Qi Yi (7), Tong Kai En (9), Ng Yee Tong (11) dan Eng Huai Yi berusia 12 tahun.

Kata kenyataan itu lagi, kesemua 24 mayat telah selesai menjalani bedah siasat termasuk proses pengecaman melalui data profil asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari dan wajah waris atau barangan peribadi.

Namun, tiga lagi mayat sedang dikenal pasti melalui ketiga-tiga kaedah berkenaan.

Terdahulu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin mengesahkan bahawa waris kepada baki tiga mayat terbabit telah hadir hari ini bagi membuat pengecaman.

Sementara itu, lima daripada lapan mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur dan Kuala Kubu Bharu juga telah dibenarkan pulang manakala tiga lagi masih berada di wad.

Setakat ini, jumlah mangsa maut kekal sebanyak 24 orang dengan sembilan mangsa masih belum ditemui daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI