fbpx

Tanah runtuh: 11 anjing K9 ‘hero’ jejak mangsa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Denti (kanan) dan Grouse (kiri) antara anjing unit pengesan (K9) yang terlibat dalam operasi dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

HULU SELANGOR – Sebanyak 11 ekor anjing unit pengesan (K9) berjaya menjejaki enam mangsa maut dalam tragedi tanah runtuh, di Father Organic Farm, Jalan Batang Kali-Hulu Selangor sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai 6 mangsa keseluruhannya berjaya dikesan oleh Unit K9 iaitu pada hari pertama dan kedua.

“Anjing-anjing ini sememangnya pakar dan terlatih, bukan setakat boleh menjejaki mangsa yang berada di kedalaman 10 hingga 15 kaki dalam tanah, malah boleh turut mengesan mangsa lemas dalam air.

“Seperti Denti dan Grouse, mereka telah berkhidmat selama enam tahun, dan pernah melakukan operasi mangsa lemas dan mangsa yang hilang,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dengan bantuan anjing-anjing pengesan, anggota penyelamat dapat melakukan penggalian dengan segera apabila terdapat tindak balas daripada Unit K9 ini.

Di dalam operasi SAR ini, 11 anjing yang terlibat adalah milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (6), Polis Diraja Malaysia (4) dan seekor dari Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, Norazam berkata Unit K9 akan direhatkan setiap 30 minit bagi memastikan pengesanan dilakukan secara efektif serta bergilir melakukan operasi setiap 12 jam.

“Selain itu, setiap anjing Unit K9 mempunyai pengkhususan tersendiri. Mereka mempunyai disiplin yang berbeza-beza seperti mengesan mayat, kebakaran, menjejak mangsa hilang, atau mangsa hidup,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI