fbpx

Penilaian risiko cerun, kaedah efektif kenal pasti ancaman tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penilaian risiko cerun adalah salah satu kaedah mitigasi yang efektif dan boleh dilakukan bagi mengenal pasti lokasi yang berpotensi mengalami kejadian tanah runtuh.

Menurut Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM), pada peringkat lokal, kaedah reka bentuk mitigasi risiko boleh dilakukan seperti sistem amaran awal manakala di peringkat rantau pengkelasan cerun berdasarkan analisa awal kawasan tersebut secara deterministic approach atau probabilistic approach.

“Mitigasi risiko boleh dijalankan dengan mengesan lebih awal faktor pencetus tanah runtuh dan penilaian kebarangkalian kekerapan.

“Selain daripada itu, anggaran isipadu serta takat atau had tanah runtuh boleh dinilai dan dianalisa melalui kaedah pelbagai senario,” katanya.

Jelasnya, bagi setiap senario yang dianalisa, penilaian kerugian bagi setiap elemen berisiko boleh dibuat.

“Risiko tanah runtuh meliputi pengukuran bahaya (hazard) dan pengukuran kerentanan (vulnerability).

“Pengukuran bahaya dilakukan melalui penilaian kebolehjadian runtuhan dan penilaian kerentanan melalui pengukuran kesan kepada infrastruktur,” jelasnya.

Menurut CREAM lagi, kerentanan ditentukan melalui hubungan di antara potensi kerosakan tanah runtuh dan elemen berisiko melalui penentuan darjah kerosakan (degree of loss).

Katanya, Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-79 pada 23 Jun 2022 yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof yang pada ketika itu merupakan Menteri Kanan Kerja Raya telah mengangkat dan meluluskan pemakaian dokumen Garis Panduan Indeks Kerentanan (Vulnerability) Tanah Runtuh dan Klasifikasi Risiko (Risk Index) bagi Infrastruktur Kritikal (Critical Infrastructure) di Malaysia yang telah dibangunkan CREAM.

“Garis panduan ini adalah dokumen tambahan berkaitan indeks peta risiko (risk map) yang perlu dibaca bersama garis panduan lain dan dokumen pengurusan cerun sedia ada yang telah disediakan oleh agensi persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

“Garis panduan ini telah dibangunkan oleh sekumpulan pakar tanah runtuh tempatan dari pelbagai sektor utama dari agensi kerajaan, universiti awam, perunding kejuruteraan dan juga agensi teknikal,” katanya.

Berdasarkan garis panduan itu juga katanya, semua analisa risiko seharusnya dilakukan sebelum sebarang kebenaran merancang dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI