fbpx

[VIDEO] Banjir: LPT2 dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan LPT2 yang dilimpahi banjir di Kilometer 393 berhampiran Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

HULU TERENGGANU – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) panik apabila laluan kedua-dua hala di Kilometer 393 berhampiran Ajil di sini, dinaiki banjir, hari ini.

Laluan tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Plaza Tol Ajil itu mula dilimpahi air pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmeera Hassan, banjir tersebut disebabkan limpahan air dari kawasan bukit berhampiran berikutan hujan lebat yang turun sejak malam tadi.

“Laluan yang terjejas berkenaan merupakan kawasan laluan air. Begitupun setakat ini, ia masih boleh dilalui kenderaan.

“Penutupan jalan tidak dilakukan lagi di LPT2 buat masa ini,” katanya.

Sehubungan itu, Hasmeera berharap pengguna LPT2 berhati-hati dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI