fbpx

Tanah runtuh: 8 maut kejadian di Batang Kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, awal pagi tadi.

SHAH ALAM – Lapan mangsa disahkan meninggal dunia manakala 60 mangsa lagi ditemui selamat dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan twitternya sebentar tadi.

Beliau turut menzahirkan rasa takziah terhadap keluarga mangsa yang terkorban.

“60 orang mangsa telah ditemui dengan selamat. 8 orang mangsa disahkan meninggal dunia. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI