fbpx

Naib canselor perlu fahami tanggungjawab kepimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED ketika hadir solat Jumaat dan majlis kesyukuran sempena kemenangan BN dalam PRU15 di Masjid An Nur Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Semua kepimpinan universiti terutamanya naib canselor diharap dapat memahami tanggungjawab dan peranan mereka dalam memimpin universiti masing-masing.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana naib canselor dari segi kesarjanaan tidak ada siapa yang pertikaikan namun dari segi kepimpinan ada yang tidak menepati kehendak.

“Saya hendak tekankan betapa dalam menerajui soal teraju universiti soal kepimpinan sangat penting. Saya berharap semua kepimpinan universiti terutama naib-naib canselor memahami tanggungjawab dan peranan serta mereka dapat memimpin universiti masing-masing.

“Naib canselor dari segi kesarjanaan memang tidak boleh dipertikai namun dari segi kepimpinan ada yg menepati keperluan, ada yang tidak. Ada sesetengah universiti hingga sebabkan tidak wujud harmoni antara kakitangan akademi, pelajar dan naib canselor.

“Semua ini saya sedang beri perhatian kerana jika tidak bertindak akan jejaskan perjalanan universiti yang matlamatnya untuk capai kejayaan,” katanya ketika hadir solat Jumaat dan majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Masjid An Nur Felda Simpang Waha di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi turut mengingatkan kepada pihak universiti dan juga institusi pengajian tinggi (IPT) agar tidak semata-mata mengejar prestij.

Katanya, sebaliknya mereka perlu memastikan menjadi sebuah institusi yang relevan dan mesti mengikuti kehendak keperluan negara juga masyarakat.

“Bukan semata-mata bagus dalam ranking akhirnya tidak sumbang kepada negara dan masyarakat. Saya juga tekankan peranan kolej komuniti dan politeknik sama penting. Seperti sedia maklum kita tidak boleh memusatkan fokus kepada akademi, negara juga perlukan bidang teknikal dan kemahiran.

“Di sini juga saya akan berikan perhatian serius terhadap peranan dan sumbangan politeknik selama ini sejauh mana ia dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk sambung ambil kemahiran daripada semua tertumpu kepada bidang akademik.

“Kita tidak mahu ramai yang tumpu akademik sampai pasaran kerja tidak dapat tampung semua yang keluar dan saya juga ingin tekankan mereka yang ikuti aliran teknik, teknikal ada masa depan lebih baik lebih bagus,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI