fbpx

Grab tuk tuk diperkenal di Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grab tuk tuk bakal diperkenalkan di pusat peranginan di Phuket pada tahun hadapan. – AFP

BANGKOK – Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab akan me­lancarkan satu aplikasi baharu di Phuket, Thailand pada awal tahun hadapan, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Grab Thailand, Worrachat Lakkha­naroj berkata bahawa perkhidmatan itu bertujuan untuk me­ningkatkan standard tambang, kualiti perkhidmatan dan keselamatan perkhidmatan pengangkutan di Phuket.

Beliau berharap melalui langkah itu ia akan menggalakkan penduduk tempatan di kawasan tersebut menggunakan kende­raan mereka untuk menjana pendapatan secara sah atau memperoleh wang tambahan.

Menurut portal itu, seba­nyak 100 buah kenderaan tuk tuk yang mempunyai tiga roda akan disediakan untuk kegunaan penduduk tempatan dan pelancong-pelancong asing.

Pada April lalu, seorang pemandu tuk tuk dipuji pelancong, namun dikritik oleh rakan se­kerjanya kerana hanya menge­nakan bayaran sebanyak 50 baht (RM6.36) untuk perjalanan pergi dan balik di sekitar bandar Phuket.

Isu berkenaan menyebabkan tambang tuk tuk di Phuket menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Orang ramai memahami bahawa tambang di tempat pelancongan agak mahal dan mereka sanggup membayarnya, manakala ada yang lebih memilih untuk menggunakan teksi berasaskan aplikasi untuk harga yang lebih berpatutan dan perjalanan lebih selamat.

Dalam pada itu, Grab merupakan salah satu aplikasi per­khidmatan pengangkutan ter­kenal di Phuket, tetapi setakat ini hanya teksi ditawarkan untuk kegunaan orang ramai di pulau peranginan tersebut.

Syarikat multinasional yang berpangkalan di Singapura itu dijangka mempunyai 100 rakan kongsi tuk tuk untuk menawarkan perkhidmatan kepada penumpang pada awal tahun hadapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI