fbpx

Polis tahan empat lelaki terlibat kegiatan curi, lerai kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran menunjukkan komponen dan rangka kereta curi yang telah dileraikan susulan penahanan empat lelaki tempatan menerusi operasi yang dijalankan pada 5 dan 13 Disember lalu.

SEPANG – Polis menahan empat lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri dan melerai kenderaan menerusi serbuan berasingan yang dijalankan pada 5 dan 13 Disember di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada 5 Disember lalu, satu laporan diterima daripada seorang pengadu mengenai kehilangan kereta jenis Proton Satria miliknya yang diletakkan di lot parking kondominium di Cyberjaya.

Menurutnya, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah menahan dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun yang bekerja sebagai pengurus bangunan di kondominium berkenaan dan pemandu trak tunda pada hari yang sama.

“Dalam serbuan kedua pula, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pemilik premis barangan lusuh di Klang diikuti penahanan seorang lagi suspek di sekitar daerah ini.

“Modus operandi sindiket ini adalah mencuri kenderaan yang telah lama ditinggalkan di kawasan parkir yang kemudiannya ditunda ke sebuah bengkel sebelum ia dileraikan. Kita dapati mereka telah jual sebahagian komponen dan rangka kenderaan pula akan dijual di kedai barangan lusuh,” katanya pada sidang akhbar di IPD Sepang di sini hari ini.

Wan Kamarul berkata, enam buah kenderaan yang dicuri membabitkan dua buah kereta jenis Proton Satria, dua buah Proton Wira serta dua buah Proton Gen 2.

Katanya, polis turut merampas 23 jenis komponen seperti bumper, pintu serta bonet kenderaan, rangka kereta dan sebuah trak tunda.

“Kesemua suspek masih ditahan reman sehingga hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI