fbpx

Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak maut apabila kepalanya yang terjulur keluar terkena sebatang tiang du Mexico baru-baru ini. - Daily Mirror

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Mexico maut selepas menjulurkan kepalanya keluar dari tingkap bas sebelum terlanggar sebatang tiang, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Mangsa sedang dalam perjalanan bersama keluarganya ke Mexico pada Ahad lalu dan ia berlaku di salah sebuah jalan raya di kawasan kejiranan Quinta Maria di bandar Veracruz.

Menurut saksi kejadian, budak itu menjulurkan kepalanya ke luar tingkap bas dan dilanggar sebatang tiang lampu ketika ia dipandu menghampiri tepi jalan raya tersebut.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya ditinggalkan di belakang bas tersebut manakala pasukan paramedik kemudian mengesahkan kematian mangsa. 

Bagaimanapun, pemandu bas telah melarikan diri dari tempat kejadian sebaik sahaja polis tiba dan insiden tersebut mengundang kritikan daripada netizen dengan ramai pengguna di media sosial mengkritik ibu bapa kanak-kanak tersebut.

“Itulah sebabnya ibu bapa harus sentiasa mengajar anak-anak mereka supaya tidak menjulurkan kepala ketika mereka menaiki bas,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI