fbpx

Dua pengedar dadah warga Thailand dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nasaruddin (kanan) menunjukkan jenis Revolver Smith & Wesson .38 yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Rahmat Lubok Setol, Rantau Panjang semalam.

PASIR MAS – Dua lelaki warga Thailand yang dipercayai pengedar dadah ditahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Rahmat Lubok Setol, Rantau Panjang dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 10.30 pagi itu, anggota PGA turut merampas sepucuk pistol jenis ‘Revolver Smith and Wesson .38’ dan 164 biji pil kuda selepas menahan kedua-dua suspek yang berusia 20 dan 30-an itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa serbuan itu dijalankan, berlaku pergelutan antara anggota PGA dan suspek sehingga menyebabkan anggota bertugas cedera pada bahagian dahi.

Menurutnya, selain pistol dan pil kuda, PGA turut merampas 25 biji peluru hidup selepas melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan.

“Rampasan pil kuda itu dianggarkan berjumlah RM1,640. Hasil siasatan mendapati, suspek sudah dua tahun terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Sepanjang tempoh itu, mereka menyewa rumah berkenaan untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, berdasarkan soal siasat terhadap suspek, mereka mengakui bahawa pistol tersebut digunakan untuk mempertahankan diri semasa melakukan kegiatan pengedaran dadah.

Katanya, selain itu, salah seorang suspek juga mempunyai sejarah lampau apabila pernah ditembak akibat dendam satu ketika dahulu.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8a Akta Senjata Api 1960, Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Tambah Mohd. Nasaruddin, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(3) akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI