fbpx

Sempat rakam video sebelum anak lemas dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SOBREY tidak dapat menahan kesedihan selepas jenazah Muhammad Sufi Eijas ditemui di tali air Kampung Kebor Besar, Manir semalam. – PUQTRA HAIRRY

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tidak sanggup melihat klip video anaknya, Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey bermain sebelum budak lelaki tiga tahun itu terjatuh berhampiran tali air di Kampung Kebor Besar, Manir di sini kelmarin.

Nurul Ain Bakri, 33, berkata, klip video itu dihantar suaminya, Mohd. Sobrey Ramli, 32, menerusi aplikasi WhatsApp beberapa minit sebelum anak kedua dari tiga beradik itu terjatuh ke dalam tali air berkenaan.

“Waktu itu saya masih di pejabat, suami saya pula kebetulan sedang bercuti membawa anak-anak ke kelas mengaji.

“Sebelum ini tidak pernah suami bawa anak ke kawasan tali air itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Nurul Ain berkata, dalam klip video itu, dia mendengar suami­nya berpesan anak-anak mereka termasuk Muhammad Sufi Eijas agar jangan bermain terlalu jauh.

Tambah pekerja am Politeknik Kuala Terengganu itu, suaminya tidak sangka anak-anak­nya sedang bermain di kawasan jambatan yang tenggelam akibat limpahan banjir.

Gambar kenangan Muhammad Sufi Eijas (kanan)

“Saya sedar sesuatu tidak kena apabila suami minta saya segera ke lokasi kejadian pada pukul 4.30 petang (kelmarin) iaitu kira-kira setengah jam klip video itu dihantar.

“Sebaik tiba, luluh hati saya tahu Muhammad Sufi Eijas terjatuh tali air dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” katanya.

Nurul Ain berkata, dia terkilan kerana tidak sempat mencium dan memeluk anak keduanya seperti biasa sewaktu mahu pergi ke tempat kerja pagi kelmarin.

Jelasnya, Muhammad Sufi Eijas juga menunjukkan perubahan sikap menjadi pendiam dan tidak mahu tinggal bersama bapanya sebaliknya mahu dihantar ke rumah neneknya di Kampung Tetambah Baharu, Manir di sini.

Mayat Muhammad Sufi Eijas ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI