fbpx

Radhi OAG bercinta dengan pelajar umur 21 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADHI tidak mahu memaksa kekasihnya untuk berkahwin dalam masa terdekat dan mahu wanita itu fokus dengan pelajaran terlebih dahulu. Foto - SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita muda berusia 21 tahun.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, kekasihnya itu juga merupakan seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah universiti awam.

“Kalau boleh saya tak nak kongsi sangat, tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.

“Dia memang ‘sempoi’, tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu. Ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya,” jelasnya.

Penyanyi lagu Merpati Putih itu berkata, dia mengenali wanita terbabit sejak dua tahun lalu dan hubungan mereka kini dalam fasa serius.

Bagaimanapun buat masa ini kata Radhi, dia mahu kekasihnya fokus dalam pengajiannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Enggan berkongsi secara terperinci tentang perkenalan mereka, Radhi terbuka hati untuk bercinta kerana wanita itu menerima dirinya dengan seadanya.

“Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.

“Namun, ingin saya tekankan yang ini semua adalah perancangan. Paling penting dia kena fokus belajar dahulu dan saya boleh berusaha untuk perbaiki diri lagi,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Radhi memberitahu dia akan ke mahkamah semula untuk perbicaraan pada 14 Februari 2023.

Tambahnya, sebelum ini dia sudah cuba untuk berdamai, namun bekas isterinya tetap berkeras untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya dah minta dia tarik kes sebab saya pun tak nak gaduh. Apapun yang berlaku, saya dah maafkan dia dan harap dia pun maafkan saya.

“Kalau dia nak teruskan sampai ke mahkamah, saya terima dan harap semuanya dapat diselesaikan. Saya anggap ini semua adalah ujian daripada Allah,” ujarnya.

Radhi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung semalam.

Konsert berkenaan akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember ini sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI