fbpx

Nenek menari ‘goncang’ demi air percuma dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang nenek ligat menari yang tular di aplikasi TikTok.

GEORGE TOWN – Tindakan seorang wanita dipercayai berstatus nenek yang tular dengan tarian goncang di hadapan sebuah ‘food truck’ menjual air di tapak Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong di sini baru-baru ini dikecam pengguna media sosial.

Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu menunjukkan wanita bertudung hitam tersebut selamba menari tanpa menghiraukan keberadaan pengunjung di sebelahnya.

Turut kelihatan ialah seorang kanak-kanak perempuan yang cuba menarik tangan wanita itu, namun ditepis dan dikatakan dimarahinya semula.

Video yang dirakam seorang pengguna dengan ciapan ‘Ingat nenek dunia ni sementara ja, nak enjoy pun tengok dulu’ ketika ini telah mendapat 18,500 tanda suka, 3,199 komen dan 1,778 perkongsian.

“Dunia tipu-tipu, semoga menjadi pengajaran kepada setiap manusia di muka bumi ini,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen membalas: “Makcik ni tak nak (hendak) air free (percuma) sebenarnya.. Dia memang nak berjoget ja,” katanya.

Dalam pada itu, ada pengguna turut meninggal komen simpati terhadap kanak-kanak tersebut selain meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya.

“Pihak berkuasa tolong jalankan tanggungjawab anda, semua ini merosakkan akhlak, tidak kira tua ke muda…tolonglah,” komen pengguna lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI