fbpx

Kamera badan perkasa profesionalisme ketika berurusan – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan bagi menjamin perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti dan profesionalisme ketika berurusan dan melindungi kepentingan semua pihak.

“Penggunaan kamera badan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha PDRM bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Sehubungan itu, PDRM menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotor (URB) dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perolehan kamera bernilai RM30 juta itu sudah diluluskan Kementerian Kewangan.

Katanya, kamera badan dalam proses perolehan dan berharap tidak ada masalah untuk mendapatkan perkara itu dengan kadar segera.

“Saya juga yakin segala karenah yang melambatkan proses perolehan kamera badan itu dapat diatasi sebaik-baiknya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.