fbpx

Dron bantu pelajar kuasai konsep STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak diajar mengendalikan dron dengan menggunakan alat kawalan jauh.

DIKENALI sebagai salah satu permainan terbaik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dron telah mendapat tempat di hati kanak-kanak dan mereka berjiwa muda.

Melihat kepada minat yang semakin berkembang dalam arena itu, Meraque sebagai salah satu daripada 20 syarikat dron terbaik dunia telah melancarkan Dron EduKit Meraque.

Dron serba unik itu mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak di negara ini untuk memasang, mengekod dan menerbangkan dron mereka dalam tempoh 10 minit.

Ketua Pegawai Eksekutif Meraque, Md. Razalee Ismail berkata, dron itu direka oleh bekas pendidik dengan kerjasama pakar pembangunan kanak-kanak.

“Malah, dron ini telah diuji oleh golongan kanak-kanak.

“Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar lebih lanjut tentang litar ringkas dan kompleks, pengekodan serta pemprograman dalam persekitaran selamat,” katanya.

Tambahnya, sesi Dron EduKit Meraque itu direka dan disesuaikan untuk menarik minat kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur.

Dron EduKit Meraque merangkumi sesi tiga jam percuma dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan serta menawarkan sedikit cabaran.

Modul pembelajaran itu turut meliputi peraturan, keselamatan, komponen dan kawalan, teknologi pelbagai dron serta aplikasi dalam industri tersebut.

“Kami komited untuk mencetuskan rasa ingin tahu kepada bakal jurutera dan pencipta masa hadapan kita.

“Selain itu, kami mahu memberi si cilik bahan binaan asas untuk memasang dan disesuaikan pada dron mereka.

“Pada masa sama, mereka dapat mempelajari konsep STEM seperti aerodinamik, pengagihan berat, toleransi kenaikan dan banyak lagi,” jelas Md. Razalee.

Sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya, Meraque telah melancarkan Program Pembangunan Kerjaya Teknologi Dron Generasi Muda Malaysia pada awal tahun ini.

DRON EduKit Meraque direka dan disesuaikan bagi menarik minat kanak-kanak daripada pelbagai peringkat umur.

Ia bagi melatih 500 belia dengan set kemahiran yang diperlukan dalam teknologi dan perkhidmatan dron menjelang tahun 2023.

Meraque juga bekerjasama dengan Kelab Rakan Udara Malaysia bersama sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Maktab Rendah Sains Mara serta Malaysian Research

Accelerator for Technology and Innovation untuk merealisasikan program itu.

Kini, sesi pembelajaran telah diperluaskan ke Selangor mulai November lalu dengan menggabungkan amalan terbaik daripada sesi rintis yang diadakan di tiga sekolah di Johor sebelum ini.

Di samping itu, Md. Razalee berkata, Kelab Udara Malaysia akan menggunakan Dron EduKit Meraque di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Tambahan lagi, rangka Dron Quadcopter Do It Yourself Meraque itu serasi dengan jenama permainan binaan blok lain terkemuka di pasaran.

Untuk makluman, Dron EduKit Meraque mempunyai jarak kawalan sejauh 100 meter dengan masa penerbangan selama 10 minit.

Ini kerana ia mempunyai kawalan berkadar digital dan giro enam paksi, sekali gus membolehkan penerbangan dilakukan dengan lancar.

Semua bahagian dron diperbuat daripada plastik tahan lasak agar selamat sekiranya terkena impak atau jatuh secara tidak sengaja.

Dron seberat 128 gram itu dilengkapi empat motor, empat kipas, empat kipas tambahan, hab dron dengan kamera atas papan, bateri dan pengecas.

Menariknya, ibu bapa boleh turut serta memasang kit dron tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI