fbpx

[VIDEO] Tidak boleh semberono buat bonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (dua kanan) ketika melihat keadaan bonggol tersebut di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM– Pembinaan bonggol di jalan raya tidak boleh buat secara sesuka hati memandangkan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai spesifikasi khusus untuk infrastruktur tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, ini disebabkan ketelitian pembinaannya amat penting bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Oleh itu bonggol atau ‘hump’ ini perlu ada spesifikasi dari aspek saiz dan ketinggian.

“Malahan cat di bonggol tersebut tidak boleh sebarangan sebab ada setengah jenis cat kuning yang licin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Jelajah Ehsan Rakyat di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembinaan ‘bonggol maut’ di Persiaran Arsyad Ayub di sini.

Izham menegaskan, bonggol hanya boleh dibina di tempat yang tertentu sahaja dengan kawasan selekoh adalah tidak dibenarkan.

“Pihak PBT dan JKR sudah ada peraturan ini semua. Permohonan untuk pembinaan bonggol perlu kelulusan terlebih dahulu. Kawasan awam seperti sekolah, hospital, taman-taman kita akan beri keutamaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam kenyataannya memaklumkan, rekaan lintasan pejalan kaki di lokasi tersebut masih memerlukan penambahbaikan dengan penambahan seperti lampu kecemasan atau amaran, garisan pemutus kelajuan dan melandaikan kadar kecerunan.

“Ini memandangkan laluan menurun kenderaan daripada arah Jalan Persiaran Tun Arshad Ayub.

“Serahan tapak kepada pihak MBSA oleh pihak kontraktor akan dilakukan sepenuhnya dengan anggaran tempoh sebanyak 14 hari waktu bekerja,” jelasnya.

Jelas MBSA, Pengguna jalan raya dari arah Bulatan Bestari, Seksyen 2 yang menuju ke arah Persiaran Tun Arshad Ayub dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan semasa menggunakan jalan tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI