fbpx
Anggota Bomba membuat pemantauan di kawasan banjir kilat di Kampung Budiman, Shah Alam pada November lalu.

14,500 bomba siap sedia hadapi musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 14,500 anggota dan 33 Pasukan Gerak Cepat (Red Team) Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat (JBPM) di seluruh Semenanjung telah diberikan peringatan awal untuk bersiap siaga menghadapi bencana banjir.

Pengarahnya, Datuk Nor His­ham Mohammad berkata, situasi sekarang berada di tahap yang normal berikutan pihaknya telah menjangkakan bencana banjir ini, namun seluruh keanggotaan sedang berada di peringkat ‘full alert’.

“Cuti untuk keanggotaan te­lah dihadkan sehingga 20 peratus. Sekarang kita lihat tiga ke empat hari sudah hujan berterusan, tetapi keadaan masih terkawal. Kita khuatiri bila luruan angin tropika menjadi tidak normal, kemungkinan banjir besar akan terjadi.

“Walaupun kita jangka banjir akan berlaku di kebanyakan kawasan Pantai Timur dan Selatan, kita juga risau kawasan di Perak dan Selangor menunjukkan trend peningkatan aras air dan ini merisaukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Tambahnya, setakat ini pihaknya telah mengerakkan pasukan Putrajaya untuk membantu Selangor dan pasukan dari Akademi Bomba, Wilayah Tengah, Selangor, untuk membantu pasukan Terengganu.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengenal pasti 254 kawasan cerun kritikal di seluruh negara hasil rujuk silang bersama dua agensi utama iaitu Jabatan Mine­ral dan Geosains dan Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya.

Kata beliau, kawasan ini secara amnya bergantung kepada intensiti hujan serta tidak menjurus kepada lokasi tertentu kecuali negeri yang berisiko seperti Terengganu dan Kelantan.

Nor Hisham turut menyeru golongan ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak mereka bagi mengelak kejadian lemas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN