fbpx

Women Talk musim kedua perkasa, inspirasi wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Women Talk sedang ditayangkan di TV3 setiap hari Sabtu pukul 5 petang.

ISU memperkasakan dan memberi inspirasi kepada wanita menjadi intipati perbincangan dalam program bual bicara Women Talk musim kedua yang sedang ditayangkan di TV3.

Turut menyentuh situasi semasa, program tersebut yang dihoskan oleh Deborah Henry dan Zoraya Vadillo mengupas isu berkaitan perceraian dan cabaran ibu bapa yang sudah berpisah dalam membesarkan anak dengan baik.

Penerbitnya, Datin Elaine Daly berkata, pihak produksi sentiasa memastikan kesemua topik yang dipilih mampu memberi impak kepada kaum wanita di luar sana.

“Ramai pasangan yang berdepan perceraian terutama selepas pandemik Covid-19. Ini satu topik yang berfaedah untuk kami bincangkan iaitu bagaimana suami isteri menjaga anak mereka selepas berpisah.

“Menerusi topik ini, kami juga menjemput tetamu istimewa Kim Raymond dan bekas suaminya, pelakon Keith Foo yang terbuka berkongsi cara mereka membesarkan anak dengan baik walaupun sudah bercerai,” katanya.

Respons positif

Tambah Elaine, setiap topik penting yang dipilih dapat memberi impak dan inspirasi kepada wanita dan bukannya sekadar tangkap muat.

“Kami berhati-hati dalam pemilihan topik setiap musim. Banyak respons positif daripada penonton yang mendapat kekuatan menerusi sesuatu topik,” katanya pada sidang akhbar program berkenaan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

ATAS sambutan positif, Women Talk akan diteruskan untuk musim ketiga tidak lama lagi. Foto – AFIQ RAZALI

Dalam pada itu, bercakap tentang sambutan Women Talk musim baharu, Elaine berkata, pihaknya menerima maklum balas sangat positif dan pada masa sama memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

Elaine turut memberi bayangan bahawa program tersebut akan memasuki musim ketiga atas sambutan yang baik daripada penonton.

“Kami akan menambah baik segala kekurangan pada musim kedua dan maklum balas diterima juga sangat baik terutama dalam peningkatan pengikut menerusi semua platform media sosial,” ujarnya.

Women Talk bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 5 petang di TV3 dan boleh distrim secara High Definition atau HD menerusi www.tonton.com.my.

Sementara itu, program tersebut baru sahaja menganjurkan acara khas Brunch with Women Talk pada 10 Disember lalu bertempat di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.

Acara menarik sempena memperkasakan wanita tersebut menampilkan barisan panel istimewa termasuklah Pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd., Christy Ng, penyanyi Jaclyn Victor dan Ketua Unit Video SAYS, Nandini Balakrishnan.

Seramai 250 tetamu hadir mengikuti perbincangan beberapa topik penting seperti Pasca Pandemik: Pandangan Baharu, Hargai Diri, Bertahan Di Dunia Didominasi Lelaki serta Kesejahteraan dan Kesihatan Mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI