fbpx

Vokalis Azarra Band, Ejai Aziz tamatkan status duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EJAI Aziz hanya berkenalan dalam tempoh singkat dengan isterinya sebelum memutuskan berkahwin pada Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Vokalis Azarra Band, Ejai Aziz menoktahkan status duda selepas selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Nursyahirah Azhar pada Jumaat lalu setelah setahun menjalani hidup solo.

Ejai atau nama sebenarnya, Mohd. Azrizal Mohd. Aziz, 35, menyifatkannya perkahwinan keduanya merupakan satu nikmat dalam kehidupan selepas gagal dalam rumah tangga sebelum ini.

Justeru, Ejai mahu memanfaatkan kesempatan mengecap bahagia berumah tangga sekali lagi dengan sebaiknya.

“Tidak semua orang dilimpahkan nikmat untuk bertemu jodoh lebih sekali. Jadi saya mahu kesempatan kali kedua ini dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Kami baru saja kenal pada tahun lepas. Biarlah orang kata tempoh perkenalan singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat itu lebih diutamakan,” kata Ejai.

Ejai yang diraikan dalam majlis persandingan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor pada Sabtu lalu menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis tersebut.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah, dengan sekali lafaz, kami sah diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember 2022 bersamaan hari Jumaat lepas.

“Terima kasih atas doa kalian buat kami dan juga untuk keluarga tercinta. Berbanyak terima kasih atas segala urusan kelancaran majlis buat kami,” ucap Ejai.

Sebelum ini, Ejai pernah mencetuskan kontroversi kerana berjoget sakan selepas sah bercerai dengan bekas isterinya di sebuah pejabat agama Islam pada Disember tahun lalu.

Tindakan mereka yang galak menari dikecam kerana dikatakan gembira dan meraikan perceraian sedangkan perkara tersebut sangat ditegah agama.

Hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Ejai dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI