fbpx

Urusan pasport di kaunter luar Lembah Klang elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kaunter pasport di Putrajaya yang dilaporkan sesak ekoran cuti umum di Selangor serta cuti persekolahan yang bermula hari ini.

PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen (JIM) menasihatkan orang ramai yang mahu membuat permohonan pasport untuk berurusan di kaunter luar kawasan Lembah Klang bagi mengelakkan kesesakan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, saranan itu dibuat selepas pihaknya mengambil maklum kesesakan luar biasa di pejabat-pejabat permohonan pasport di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada pagi ini.

“Kehadiran luar biasa orang ramai di pejabat-pejabat pasport sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya ini disebabkan oleh penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh negeri Selangor kerana cuti umum dan persekolahan yang bermula hari ini.

“Sehubungan dengan itu, JIM menasihatkan supaya orang ramai berurusan ke pejabat pasport di luar Lembah Klang dan kurang sesak bagi urusan permohonan pasport,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, antara pejabat pasport berdekatan dan kurang sesak yang boleh menjadi alternatif adalah di Seremban, Melaka, Cameron Highland, Raub, Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu, Pengkalan Hulu, Mersing, Kukup dan Kangar.

“Selain itu, bagi mereka yang tidak mempunyai keperluan mendesak atau kecemasan, dipohon supaya menangguhkan dahulu urusan permohonan pasport dan memohon di luar waktu puncak.

“Jabatan ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sikap menunggu hingga ke saat akhir dan perlu merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan,” jelasnya.

Katanya, orang ramai juga dijemput untuk menyertai saluran telegram rasmi bagi urusan permohonan pasport untuk sebarang pertanyaan di pautan https://t.me/PejabatPasport. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI