fbpx

Spekulasi Jinni tinggalkan NMIXX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINNI

SYARIKAT JYP Entertainment (JYPE) mengejutkan ramai apabila mengumumkan penyanyi Jinni secara rasmi meninggalkan kumpulan NMIXX.

JYPE menjelaskan bahawa penyanyi berusia 18 tahun itu menarik diri daripada NMIXX atas alasan peribadi.

Agensi gergasi tersebut juga meminta peminat agar terus menyokong karier Jinni walaupun tidak lagi bersama kumpulan tersebut.

Tetapi timbul spekulasi adakah penyanyi muda itu rela hati meninggalkan NMIXX atau sebenarnya dia ditendang dari kumpulan itu?

Perkara tersebut menjadi perhatian kerana peminat hairan dengan berita mengejutkan daripada JYPE sedangkan mesej terakhir Jinni dalam aplikasi Bubble menunjukkan dia sedang mempromosikan aktiviti baharu NMIXX.

Jinni kelihatan sangat teruja mempromosikan aktiviti baharu dan pesanan tersebut jelas menandakan tiada tanda dia mahu mengakhiri kariernya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN