fbpx

Anggota penguat kuasa KKM dilengkapi kamera badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM tadi. FOTO FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif penggunaan teknologi kamera badan dalam tugas-tugas penguatkuasaan mereka di lapangan.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, penggunaan kamera badan itu bukan sahaja dapat memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan, malah dapat menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguat kuasa.

Beliau berkata, penggunaan teknologi itu dimulakan khusus bagi kerja-kerja penguatkuasaan kakitangan dan pegawai program kesihatan awam dan program farmasi.

“Saya ingin mengucapkan syabas kepada KKM atas inisiatif penggunaan teknologi kamera badan dalam tugas penguatkuasaan.

“Pemakaian kamera badan kepada pegawai penguat kuasa juga dapat memelihara integriti dan meningkatkan imej KKM,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM di sini, hari ini.

Terdahulu, sesi Simbolik Pemakaian Kamera Badan kepada Penguatkuasa KKM disempurnakan Dr. Zaliha sambil disaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI