fbpx

Kedudukan pemain bintang Harimau Malaya terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILKIN (tengah) berjaya meledak satu gol ketika Harimau Malaya menewaskan Kemboja pada aksi persahabatan kelmarin. – AFP

KEDUDUKAN beberapa pemain bintang Harimau Malaya yang beraksi ketika menghadapi kelayakan Piala Asia, Jun lalu mungkin tergugat apabila pe­ngendali negara, Kim Pan-gon kini sudah memiliki lebih ramai calon berpotensi.

Berdasarkan prestasi yang dipamerkan muka baharu ketika menewaskan Kemboja 4-0, Jumaat lalu, jurulatih dari Korea Selatan itu jelas gembira dengan kesungguhan dan tahap profesional pemain yang mampu mengikut kehendaknya.

Pada perlawanan itu, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Lee Tuck, Stuart Wilkin, David Rowley dan Sergio Aguero berjaya mendapatkan kap pertama, malah ke­semuanya berjaya mencapai par pada penampilan sulung bersama Harimau Malaya.

Malah, trio di barisan pertahanan, Shahrul Nazeem Zulpakar, Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran mampu melunaskan tanggungjawab dengan baik hingga mendapat pujian daripada pengendali Kemboja, Ryu Hirose.

“Ia menjadi keputusan yang bagus dan ini juga perkemba­ngan positif buat pasukan kebangsaan. Adalah menjadi sesuatu yang membanggakan dapat wa­kili negara pada perlawanan ini dan aksi akan datang.

“Memang ada ramai pemain baharu, tetapi kita juga dapat lihat banyak perkara positif. Kami sudah berikan yang terbaik, tetapi paling penting kami perlu baiki kelemahan,” kata Wilkin yang turut menyumbangkan satu gol.

Pada panggilan skuad kebangsaan kali ini, Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid, Matthew Davies, Syafiq Ahmad dan Nor Azam Azih yang menjadi nadi kepada pasukan ketika kelayakan Piala Asia tidak dapat bersama pasukan atas alasan urusan peribadi, komitmen keluar­ga dan masalah kecede­raan.

Rabu ini, skuad negara akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebelum Pan-gon mengumumkan senarai akhir 23 pemain untuk ke Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bermula minggu depan.

Pada Piala AFF, Malaysia yang berada dalam Kumpulan B akan membuka tirai saingan menentang Myanmar pada 21 Disember diikuti Laos (24 Disember), Vietnam (27 Disember) dan Singapura (3 Januari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI