fbpx

Bapa dera, tanam mayat anak di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang bapa bertindak kejam dipercayai mendera anaknya sehingga maut sebelum menanam mayat mangsa di tepi jalan diberkas, semalam.

Difahamkan, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu menanam anak perempuannya berusia sembilan tahun di kawasan tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada isteri suspek mendakwa suaminya mendera anak mereka.

“Isterinya yang merupakan wanita warga asing berusia 40-an itu membuat laporan polis Jumaat lalu selepas mendapati anaknya dalam keadaan lemah dan mempunyai darah di mulut.

“Dia (isteri suspek) menyedari keadaan anaknya itu sebaik pulang bekerja sekitar pukul 7 malam di kediaman mereka di Jalan Pudu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya mengesan lalu menangkap suspek kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Pasar Pudu, semalam.

“Suspek berusia 40-an mengaku telah menanam mangsa di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini,” ujarnya.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari dan disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI