KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap takziah buat keluarga Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Sdn Bhd (Public Bank) Tan Sri Teh Hong Piow, di atas pemergiannya, pagi tadi.
Anwar melalui hantaran di Instagramnya memberitahu pemergian mendiang adalah kehilangan besar serta memberi kesan terhadap institusi perbankan negara terutamanya Public Bank.
“Pemergiannya ini tentu meninggalkan lompong besar kepada keluarga Public Bank, sektor perbankan dan juga negara.
“Saya mendoakan keluarga mendiang Dr. Teh tabah dan kuat atas kehilangannya,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan mendiang meninggal dunia di usia 92 tahun pada pukul 10.20 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE