fbpx

Aksi romantis Najwa Latif, suami buat ramai ‘sendu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar Akwa Arifin memayungi Najwa Latif daripada ditimpa hujan semasa membuat persembahan di sebuah universiti baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan suami kepada penyanyi Najwa Latif iaitu Akwa Arifin yang memayungi isterinya daripada ditimpa hujan yang tiba-tiba turun ketika membuat persembahan tidak ubah seperti babak dalam drama.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Najwa membuat persembahan di sebuah universiti awam dengan menyanyikan lagu hitnya berjudul ‘Sahabat’ sebelum hujan mulai turun.

Melihat aksi spontan tersebut, penonton bersorak dan ‘cair’ dengan tindakan romantis suami penyanyi itu yang datang menghampiri dan melindungi isterinya.

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan luahan ‘sendu’ pengguna TikTok yang kebanyakannya masih bujang apabila melihat aksi romantik merpati dua sejoli itu.

“Untunglah ada seseorang menemani, kita yang solo ini hanya mampu melihat kebahagiaan kalian. Selamat malam, aku mahu tidur dulu mengenangkan nasib hidupku,” komen seorang pengguna TikTok.

“Sendu hidup ini selepas tengok video mereka, rasa macam hendak kahwin terus tetapi malangnya, pasangan belum lahir lagi,” ujar seorang lagi pengguna.

“Jangan buat kami sendu, awak itu mantan ‘Presiden Single’ tau, jangan nak mengada, jagalah perasaan orang yang masih dalam kelab yang dahulunya awak presiden,” seloroh pengguna lain.

Dalam pada itu, terdapat juga sesetengahnya yang terkejut dan baru mengetahui bahawa Najwa sudah pun berkahwin.

“Aku seorang sahaja ke tidak tahu Najwa sudah berkahwin? Bila dia nikah? Dengan siapa? Dengan lelaki dalam video itu ke?” soal seorang netizen.

“Eh, tahu-tahu je dah kahwin? Atau aku seorang sahaja yang tidak tahu? Bukan ke dia masih muda lagi? Kenapa macam tiada liputan pasal perkahwinan dia?” kata pengguna TikTok lain.

Untuk rekod, pasangan pinang dibelah dua itu selamat diijabkabulkan pada 11 November lalu dengan mas kahwin 2.5 gram emas selepas hampir tiga tahun mengenal hati budi masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI