fbpx

Tiga ditahan curi 37 ekor lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

REMBAU – Polis menangkap tiga lelaki tempatan berhubung kes kecurian 37 ekor lembu membabitkan empat penternak di Ladang Sungai Baru, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 29 hingga 38 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rembau di beberapa lokasi di Melaka.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 14 ekor lembu, dua telefon bimbit dan picagari.

“Permohonan reman untuk siasatan lanjut ke atas suspek diperoleh dari Mahkamah Seremban sehingga 13 Disember ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata, pihaknya sedang mengesan dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam kes curi haiwan ternakan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Adi Irwan And Malek di talian 018-2253484 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6851999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI