fbpx

Tiga beranak hilang tempat berteduh, rumah hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah didiami tiga beranak termasuk seorang warga emas hangus terbakar di Serkam Darat, Melaka, awal pagi tadi.

JASIN – Tiga beranak hilang tempat berteduh apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran di Jalan Datuk Langgar, Serkam Darat, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd. Farid Abu Bakar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.23 pagi.

Katanya, sepasukan 13 anggota dikejarkan ke lokasi bersama-sama dua jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati benar terdapat sebuah rumah telah terbakar 90 peratus dan kerja-kerja pemadaman dilakukan.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.11 pagi dan tamat sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, rumah tersebut didiami tiga beranak termasuk seorang warga emas, namun kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.

“Rumah itu didiami tiga beranak iaitu seorang warga emas berusia 70 tahun dan dua anaknya dengan anggaran usia 20-an dan 30-an.

“Kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Ujarnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI