fbpx

Lima rakan nyaris maut, kereta tertembus besi elak babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Proton Preve selepas terbabas merempuh tiang elektrik dan besi penghadang jalan di Jalan Melaka Pindah.

ALOR GAJAH – Gara-gara mengelak babi melintas, lima rakan nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan besi penghadang jalan di Jalan Melaka Pindah, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Nur Hakim Mazlan, Amirul Syahmi Mansor, Muhammad Zulheree Ismail, Mohd. Syarafuddin Suharman dan Khairul Izwan Khairul Azhar yang kesemuanya berusia 22 tahun hanya mengalami luka di kaki, tangan, kepala serta muka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Preve dalam perjalanan dari arah A’famosa ke Krubong.

“Hasil temu bual pemandu Muhammad Nur Hakim, kemalangan berlaku apabila dia cuba mengelak seekor binatang dipercayai babi melintas.

“Mangsa menekan brek namun disebabkan permukaan jalan basah dan licin, kereta tersebut terbabas dan melanggar tiang elektrik serta penghadang jalan sebelum masuk longkang,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Kelima-lima mangsa terselamat dalam nahas gara-gara mengelak babi melintas di Jalan Melaka Pindah, Melaka, semalam.

Beliau berkata, kesemua mangsa terselamat dan dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu mengalami luka di tangan dan kaki kiri, manakala penumpang lain pula luka di muka dan kepala.

“Pemandu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI