fbpx
KAILI ditahan kerana disyaki terlibat kes rasuah oleh sebuah negara Teluk membabitkan anggota dan bekas anggota Parlimen Eropah. -- TWITTER

Belgium berkas lima suspek kes rasuah Parlimen Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRUSSELS – Belgium kelmarin menahan empat orang termasuk seorang bekas anggota Parlimen Eropah sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah oleh Qatar di Parlimen Eropah, kata beberapa pegawai.

Pihak pendakwa raya persekutuan mengumumkan penahanan mereka selepas wang tunai 600,000 (RM2.7 juta) ditemui apabila polis melakukan 16 serbuan di ibu kota Belgium, Brussels.

Polis memberkas  anggota Parlimen Eropah daripada sebuah parti sosialis Greece, Eva Kaili selepas empat suspek lain ditahan untuk soal siasat. Semua keempat-empat suspek itu sama ada merupakan warga Itali atau berasal dari Itali, kata sumber yang rapat dengan kes tersebut.

Kaili, 44 ,merupakan bekas pengacara televisyen dan kini salah seorang daripada 14 Naib Presiden Parlimen Eropah.

Beliau menemui Menteri Buruh Qatar, Ali bin Samikh Al Marri pada November lalu, tidak lama sebelum Piala Dunia bermula. 

“Operasi menggeledah hari ini (kelmarin) menyaksikan polis menemui wang tunai 600,000.

“Peralatan komputer dan beberapa telefon bimbit turut dirampas. Semua barangan ini akan dianalisis sebagai sebahagian daripada siasatan kami,” kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Kenyataan sama memberitahu, pasukan penyiasat mengesyaki sebuah negara di rantau Teluk mempengaruhi keputusan ekonomi dan politik Parlimen Eropah dengan membayar sejumlah besar wang atau menawarkan  ‘hadiah mewah’ kepada tokoh berpengaruh di parlimen berkenaan.

Kenyataan itu tidak menamakan negara Teluk berkenaan.

Bagaimanapun, akhbar-akhbar Belgium melaporkan bahawa negara yang terlibat adalah Qatar, manakala seorang bekas anggota Parlimen Eropah yang turut ditangkap selain Kaili ialah Pier-Antonio Panzeri. Pazeri berkhidmat di Parlimen itu antara tahun 2004 hingga 2019. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI