fbpx

Anak bongsu Jokowi selamat bergelar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaesang (kiri) sah bergelar suami kepada Erina (kanan) dalam majlis pernikahan yang diadakan di Jogjakarta. – YouTube Jokowi

JAKARTA – Majlis pernikahan anak Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan pasangannya berlangsung lancar semalam, dengan upacara akad nikah diadakan di Dewan Diraja Ambarukmo Jogjakarta, lapor laman berita Merdeka.

Pengantin lelaki, Kaesang Pangarep menyerahkan mas kahwin berjumlah 300,000 rupiah (RM84.78) kepada isterinya, Erina Gudono serta emas seberat 64 gram.

Ketika disoal pemberita mengenai majlis perkahwinan anak bongsunya itu, Jokowi meluahkan rasa syukur kerana majlis akad nikah berjalan dengan lancar.

“Saya mendoakan agar Kaesang dan Erina menjalani kehidupan baharu dengan lancar.

“Alhamdulillah, hari ini kita telah menyaksikan akad nikah berjalan dengan lancar. Saya dengan isteri, Iriana amat gembira dan bahagia,” kata Jokowi.

Beliau turut meluahkan harapan agar Kaesang dan Erina dapat hidup dengan aman dan bahagia hingga ke usia tua.

“Saya berpesan kepada mereka agar saling melengkapi dan menjalani kehidupan rumah tangga yang harmoni sepanjang masa hingga ke hari tua,” ujarnya.

Seluruh keluarga Jokowi kemudian bertolak ke Solo atau Surakarta bagi bersiap sedia untuk acara ngunduh mantu yang diadakan di Pura Mangkunegaran hari ini.

Jokowi berkata, semua keperluan untuk acara tersebut telah disiapkan oleh jawatankuasa yang dibantu dua menterinya.

“Semuanya sudah disiapkan secara terperinci oleh jawatankuasa yang terdiri daripada ahli keluarga serta dibantu oleh dua menteri,” jelasnya.

Ngunduh mantu adalah istilah yang berasal darpadai bahasa Jawa, di mana ‘ngunduh bermaksud menuai sedangkan mantu bererti menantu. Ia menyerupai majlis menyambut menantu seperti diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI