fbpx

50,000 tiket percuma Nak Ubah Hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RichWorks menawarkan 50,000 tiket percuma dalam program Nak Ubah Hidup 2023 bermula Februari depan.

SHAH ALAM – Sebanyak 50,000 tiket percuma ditawarkan kepada orang ramai khususnya usahawan untuk hadiri ke program Nak Ubah Hidup 2023 pada 4 hingga 6 Februari nanti.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., tiket tersebut akan ditawarkan selama 72 jam kepada sesiapa yang serius nak ubah hidup dan bisnes.

Katanya, program tersebut baharu dilancarkan secara rasmi oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dari Atlanta, Amerika Syarikat, kelmarin.

“Nak Ubah Hidup dilihat dapat membantu orang ramai khususnya usahawan bagi menyediakan mereka harungi sepanjang 2023 nanti.

“Kami faham dengan situasi dihadapi ramai orang terutama usahawan-usahawan yang perlu berdepan dengan trend baharu dalam bisnes,” katanya ketika dihubungi semalam.

Radz menambah, program itu juga dapat membantu seseorang mengenal pasti potensi sebenar diri yang diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC).

“Cabaran sentiasa ada dalam hidup ini, cuma bagaimana seseorang itu dapat tangani dan menguruskannya hingga menyaksikan perkembangan positif.

“Jangan terlepas, tempah tiket anda dulu agar dapat ikuti program pada Februari nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI