fbpx
Tangkap layar video memaparkan seorang remaja lelaki sedang bermain Mobile Legend sambil mengaji.

[VIDEO] Remaja rancak main Mobile Legend sambil mengaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ramaja lelaki menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bermain permainan video Mobile Legend (ML) sambil mengalunkan ayat suci al-Quran mendapat pujian.

Video yang tular di media sosial itu dimuat naik menerusi akaun TikTok @ayuniaishax_ baru-baru ini.

Rakaman yang diambil secara ‘diam-diam’ itu telah berjaya memukau ramai apabila sebutan dan bacaan remaja tersebut jelas serta sedap didengar.

Rata-rata orang ramai menyifatkan remaja itu seorang yang ‘rare’ kerana mampu fokus pada permainan video disamping mengalunkan ayat-ayat al-Quran dengan baik.

“Ini sangat ‘rare’, tapi bagus sebenarnya,” kata seorang pengguna.

“Main ML sambil mengaji, memang ‘limiter eddition’ (terhad) adik ni,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

@ayuniaishax_ Lama terdengr Dari jauh budak ni ngaji, pi laa intai sat.hmm sambil lagho gak😅#ngaji #fypmalaysia #capcut #ml #game #laluviral ♬ original sound – acha buah🍉

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI